POST

Friday, September 12, 2014

Pengalaman Bersalin Caesarean...

Assalamualaikum...

Setiap orang akan melalui pengalaman yang berbeza.. Dulu aku kerap baca pengalaman blogger bersalin, konon-konon nak bersedia la.. Kali ni, aku pula nak cerita eh. 

Al kisahnya... aku tak dapat bersalin normal. Masa mengandung dulu aku mengalami masalah diabetis dan anemia (masih terkawal).. menyebabkan baby agak besar.. pergi check up macam biasa dekat HKL.. tetiba doktor decide kena operate & tidak dibenarkan bersalin normal atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. 

Perasaan masa tu? terkejut + takut + happy sebab tak sabar nak tengok anak. Masuk wad macam biasa. Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku untuk dapatkan bilik 'first class' dimana kita tak perlu share room dengan org lain. Bukan apa, pada aku ni, macam susah sikit nak tutup aurat. Ramai orang keluar masuk buat aku tak selesa. Wad 'first class' kat HKL ni, suami boleh teman tau. Takde la ko sengsorang malam-malam jaga anak. 

Keesokkannya baru la aku akan dibedah..ditoreh.. hehe still takde rasa takut sangat. masa nak masuk tu baru takut tau tak!! mesti ramai yang nak tau, macam mana nak kena bedah tu ? macam ni haaa...


  • Pakai baju yang disediakan oleh pihak hospital
  • Nurse akan bawa kita ke bilik bedah
  • Doktor pakar bius akan membius kita dahulu. Bagi kebas separuh badan. Dicucuk dekat tulang belakang, atas sikit dari pinggang.
  • Tunggu la sampai kebas... baru la dorang semua lam tu mulakan tugas memasing. 
  • Tangan kanan masuk air. Tangan kiri check tekanan darah.
  • Kain ditutup. Maknanya start dari dada ke bawah memang tak nampak apa la..
  • Sepanjang pembedahan kita cuma rasa badan dipegang sahaja. Sakit perit semua tak rasa pun! 
  • Anak pun keluar..... uwerkkk uwerkkk...
  • Nurse dalam tu pegangkan & susukan baby (letak atas dada kita, sekejap aje lam 3 minit camtu)
  • Lepas doktor habis jahit, nurse akan mula bersihkan badan kita. 
  • Doktor lain pula masuk. tak tau la doktor apa. Dia bius kat perut kiri & kanan aku. Untuk cairkan darah kalau tak silap la...
  • Kemudian kita akan dipantau dulu... dalam setengah jam. kalau stabil baru la dorang bawa ke bilik..
  • Sekian.

Mudahkan? haa.. lepas tu mula la kepala ko blur.. apa orang cakap macam terombang ambing... Badan pun menggigil kesejukan. Baby dah bersama kita kat sebelah. sapa nak jaga masa tu? SUAMI laaa.... tq sayang!

Memang betul. Bersalin secara caesarean ni memang tak sakit langsung. TAPI.. lepas tu sakit. hehe takda sakit mana pun, senggugut aku lagi sakit. Lepas sebulan camtu dah baik & boleh gi jejalan!



Aqil Danial :)




Oklah, till then...





No comments:

Post a Comment