POST

Monday, March 23, 2015

GLITTERS WIDESHAWL by DYAMALEK

Assalamualaikum !

Selama hari ni saya langsung tak update blog ni. Bukan apa, tak menang tangan la bila ada anak kecil ni.. Dengan nak siap diri, suami ngan baby pulak. kekadang pikir macam mana ya orang lain yang anak berderet tu jaga anak. Kita ni baru anak satu dah nak terpeleot dah... Bangga betul ngan wanita yang tabah & kuat macam korang ni tau! 

Alhamdulillah anak saya Aqil Danial dah nak masuk setahun. Masa ni orang kata dah boleh la...ada la ruang sikit untuk sibukkan diri dengan meniaga balik. Hehe.. Benda kalau kita dah minat memang susah nak lari kan? 

So, keluaran terbaru dari DYAMALEK adalah GLITTERS WIDESHAWL yang sangat berkualiti, kemas & eksklusif.

GLITTERS WIDESHAWL ini baru sahaja dipublishkan & alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. Tak sampai seminggu 4 warna keluaran DYAMALEK ini sudah habis dijual. Tapi jangan sedih okay. Ada 7 warna yang kebabom masih available ! Warna apa tu ye? Haa.. Sila nengok gambar kat bawah ni okay :)




~ selendang labuh menutupi dada
~ mudah & selesa dipakai
~ berkualiti & tidak jarang
~ 11 warna yang kebabom
~ bahagian tepi tudung dijahit kelim

Untuk pengetahuan korang, DYAMALEK menjahit sendiri shawl ni ye. So memang confirm kemas...! hehe

Panjang : 1.75 meter
Lebar : 25 inci

RM 28 (tidak termasuk postage)


Korang boleh contact saya untuk membuat pembelian di :

Whatsapp 0192950814
Facebook : Nabila Malek
Instagram : nabilamalek




Oklah. Till Then. :)

Tuesday, November 25, 2014

Maafkan Isterimu...

Assalamualaikum...


Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Itulah ayat yang terbaik untuk keadaan aku sekarang ni.. Niat nak tolong suami, tapi ada sahaja halangan yang menimpa. Kecewa bila tak dapat nak tolong pasangan kita. 


Ma minta maaf ye sayang kalau tak dapat nak tolong. Ma dah cuba sedaya mungkin. Takpelah pa, kita bersusah-susah dahulu, senang-senang kemudian.. Ma akan sentiasa di sisi pa..


Semoga Allah permudahkan segala urusan pa...  

Amin...

Friday, September 26, 2014

Impian - Dya Nabella

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. lepas dah lama berangan-angan... akhirnya impian menjadi kenyataan.. cewah.. Terima kasih bebanyak la pada adik kita yang comel ni sebab tanpa dia........ tak menjadi la impian angan-angan itu..... Eh.. dok cerita impian... impian.. natang apa impiannya? haa.... dipersembahkan dengan segala hormatnya !! :)




Hehehe.. kitorang buat niaga online je senanye. Bunyi je lebih nak bagi gempak sikit.. So, apa yang kitorang jual ni? tudung apa?? corak apa? material?? haa.. meh singgah tengok eh..

Facebook : Dya Nabella
Instagram : by_dyanabella



Diandra

Abella

Bellina



Camelia

Stock adalah limited. Terima kasih pada yang sudah membeli dengan kami.. Luv Uuolls Sesangat !




Oklah. Till Then

Monday, September 22, 2014

Tiada Mood...

Assalamualaikum....


Sindrom tak nak menulis dah datang.. Akan tenggelam buat sementara waktu... Hmm...






Oklah. Till Then

Friday, September 12, 2014

Pengalaman Bersalin Caesarean...

Assalamualaikum...

Setiap orang akan melalui pengalaman yang berbeza.. Dulu aku kerap baca pengalaman blogger bersalin, konon-konon nak bersedia la.. Kali ni, aku pula nak cerita eh. 

Al kisahnya... aku tak dapat bersalin normal. Masa mengandung dulu aku mengalami masalah diabetis dan anemia (masih terkawal).. menyebabkan baby agak besar.. pergi check up macam biasa dekat HKL.. tetiba doktor decide kena operate & tidak dibenarkan bersalin normal atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. 

Perasaan masa tu? terkejut + takut + happy sebab tak sabar nak tengok anak. Masuk wad macam biasa. Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku untuk dapatkan bilik 'first class' dimana kita tak perlu share room dengan org lain. Bukan apa, pada aku ni, macam susah sikit nak tutup aurat. Ramai orang keluar masuk buat aku tak selesa. Wad 'first class' kat HKL ni, suami boleh teman tau. Takde la ko sengsorang malam-malam jaga anak. 

Keesokkannya baru la aku akan dibedah..ditoreh.. hehe still takde rasa takut sangat. masa nak masuk tu baru takut tau tak!! mesti ramai yang nak tau, macam mana nak kena bedah tu ? macam ni haaa...


  • Pakai baju yang disediakan oleh pihak hospital
  • Nurse akan bawa kita ke bilik bedah
  • Doktor pakar bius akan membius kita dahulu. Bagi kebas separuh badan. Dicucuk dekat tulang belakang, atas sikit dari pinggang.
  • Tunggu la sampai kebas... baru la dorang semua lam tu mulakan tugas memasing. 
  • Tangan kanan masuk air. Tangan kiri check tekanan darah.
  • Kain ditutup. Maknanya start dari dada ke bawah memang tak nampak apa la..
  • Sepanjang pembedahan kita cuma rasa badan dipegang sahaja. Sakit perit semua tak rasa pun! 
  • Anak pun keluar..... uwerkkk uwerkkk...
  • Nurse dalam tu pegangkan & susukan baby (letak atas dada kita, sekejap aje lam 3 minit camtu)
  • Lepas doktor habis jahit, nurse akan mula bersihkan badan kita. 
  • Doktor lain pula masuk. tak tau la doktor apa. Dia bius kat perut kiri & kanan aku. Untuk cairkan darah kalau tak silap la...
  • Kemudian kita akan dipantau dulu... dalam setengah jam. kalau stabil baru la dorang bawa ke bilik..
  • Sekian.

Mudahkan? haa.. lepas tu mula la kepala ko blur.. apa orang cakap macam terombang ambing... Badan pun menggigil kesejukan. Baby dah bersama kita kat sebelah. sapa nak jaga masa tu? SUAMI laaa.... tq sayang!

Memang betul. Bersalin secara caesarean ni memang tak sakit langsung. TAPI.. lepas tu sakit. hehe takda sakit mana pun, senggugut aku lagi sakit. Lepas sebulan camtu dah baik & boleh gi jejalan!



Aqil Danial :)




Oklah, till then...





Thursday, September 11, 2014

Mabuk pregnant tu Normal ..

Assalamualaikum..

Tujuan entry kali ni hanyalah nak share pengalaman, pengetahuan.. berkenaan MABUK kerana faktor hamil a.k.a pregnant ...

Al kisahnya aku dah kahwin selama setahun lebih tapi tak da rezeki lagi untuk dapat zuriat. Agak 'panas' gak la telinga ni bila orang bertanya... 'Bila nak ada anak?' .. agaknya dia ingat anak ni leh order macam beli online je agaknya. haha.. tak leh bayang nasib orang lain yang lagi lama menunggu nak dapatkan zuriat.

Alhamdulillah, masa dapat tahu yang aku pregnant.. memang menangis... terharu.. bersyukur yang teramat sangat hokayyy... masa mula-mula pregnant rileks je. happy aje.. cuma pening lalat sikit. Tapi lelama mulalah datang simptom-simptom yang entah hape hape...






Mabuk pelik aku adalah :-
  • Kepala pening sampai pitam
  • Hilang selera makan
  • Muntah minimum 10 kali.. pernah sampai 20 kali. (muntah mcm food poisoning tu yee... takde maknenya muntah keluar air tu haa...)
  • Perut sentiasa sakit macam kena cucuk dari dalam. Paling sengsara bila dalam kereta. 
  • Sendawa macam orang lelaki. 
  • Baby tendang-tendang dalam perut macam nak main bola sepak. 
  • Hidap diabetis & anemia (masa mengandung je)
  • Hidung berdarah
  • Emosi tak betul.. haha & macam-macam lagi la.. 


Mabuk aku ni berterusan selama 5 bulan ye adik-adik... kakak-kakak... dan sambung balik bila 7 bulan hingga bersalin ye adik-adik... kakak-kakak.. makcik-makcik... Allah sahaja yang mengetahui segala dugaan... cabaran.. kerja semua tunggang langgang. rumah lagi la tak payah cerita.

Mula-mula rasa macam nak give up semua ada. Siap fikir aku ni kena buatan orang ke ... siap nak g berubat semua.. haha tapi sebenarnya... semua ini adalah NORMAL !! harap maklum.. hehe 

Kepada sesiapa di luar sana yang mengalami nasib yang sama macam aku, satu je la yang korang leh pegang.

BERSABAR... orang lain memang tak faham & tak kan cuba nak faham pun... so sabar je la. lepas bersalin , memang hilang semua simptom aneh tu. confirm! aku dah alami, aku tau la.... tapi, memang betul orang selalu kata "Susah masa mengandung, nanti nak beranak senang la tuuuu...." ye betul. ungkapan ni memang aku setuju. Aku tercabar dengan dugaan masa mengandung, tapi Allah permudahkan semudah-mudahnya masa aku bersalin. Alhamdulillah..


Oklah, till then.

Tuesday, September 9, 2014

Hidup Bertambah Ceria...

Assalamualaikum.. 



Kehidupan selepas ada anak ni memang banyak perubahannya. Dah semestinya bertambah tambah bahagianya.. So, kali ni nak bercerita sikit apakah yang dah berubahnya tu?

Aku bersalin di Hospital Kuala Lumpur pada 11.04.2014.. Alhamdulillah dapat bilik yang 'first class' di mana suami boleh bersama dengan kita. Boleh tidur jaga anak sekali malam tu haaa... hamek ko... Selama ni leh tido aman damai, tapi tidaklah kalau dah ada anak kecik a.k.a baby. Selang sejam dia akan bangun ! nak nyusu, salin pampers la, perut kembung la, sejuk la hape la.. hehe. pengalaman yang ni mmg mencuit hati sangat2.. bila aku ngan Z tak pandai & tak da pengalaman langsung bab baby ni.. Tapi sekarang kitorang dah pro hokay....!

Lepas habis berpantang kat rumah, dah cukup 2 bulan kena la masuk kerja balik. hamboi hamboi, lama kan ioulllss cuti... tapi.... ase seksa pulak. lagi-lagi bila nak tinggalkan anak buat pertama kalinya dekat pengasuh. daku...telah menitiskan air mata. hukhuk.. aku tak memain la, mmg menangis tau. ase cam sebak pula tak dapat nak jaga anak sendiri. Mula-mula je la perasaan macam tu. Lelama cam dah boleh terima kenyataan.

Mula-mula rutin hidup tu macam okay. Mak siap tanya lagi "kak, ok ke ko keje? tak penat ke? jaga anak lagi.. sian mak kat ko...".. dengan selamba aku jawab."ok je la mak, relax je.. senang la ada anak ni, best!" .. Bila dah berminggu-minggu, berbulan-bulan baru la mula rasa tak cukup tidur, kepala pening bagai.. tapi bab seronok ada anak tu memang tak berubah. Ada anak memang seronok bak hang!

Suami pun dah banyak berubah bab tolong menolong ni.. Tolong buat susu, basuh botol susu, tukar pampers.. kira ok la tu kan, ada suami lain mana nak hadap mende-mende camni. Mekaceh sayang.. harap esok dah ada anak berderet pun still tolong den lagi ye.. 

Ok lah, Till then.