POST

Thursday, September 11, 2014

Mabuk pregnant tu Normal ..

Assalamualaikum..

Tujuan entry kali ni hanyalah nak share pengalaman, pengetahuan.. berkenaan MABUK kerana faktor hamil a.k.a pregnant ...

Al kisahnya aku dah kahwin selama setahun lebih tapi tak da rezeki lagi untuk dapat zuriat. Agak 'panas' gak la telinga ni bila orang bertanya... 'Bila nak ada anak?' .. agaknya dia ingat anak ni leh order macam beli online je agaknya. haha.. tak leh bayang nasib orang lain yang lagi lama menunggu nak dapatkan zuriat.

Alhamdulillah, masa dapat tahu yang aku pregnant.. memang menangis... terharu.. bersyukur yang teramat sangat hokayyy... masa mula-mula pregnant rileks je. happy aje.. cuma pening lalat sikit. Tapi lelama mulalah datang simptom-simptom yang entah hape hape...






Mabuk pelik aku adalah :-
  • Kepala pening sampai pitam
  • Hilang selera makan
  • Muntah minimum 10 kali.. pernah sampai 20 kali. (muntah mcm food poisoning tu yee... takde maknenya muntah keluar air tu haa...)
  • Perut sentiasa sakit macam kena cucuk dari dalam. Paling sengsara bila dalam kereta. 
  • Sendawa macam orang lelaki. 
  • Baby tendang-tendang dalam perut macam nak main bola sepak. 
  • Hidap diabetis & anemia (masa mengandung je)
  • Hidung berdarah
  • Emosi tak betul.. haha & macam-macam lagi la.. 


Mabuk aku ni berterusan selama 5 bulan ye adik-adik... kakak-kakak... dan sambung balik bila 7 bulan hingga bersalin ye adik-adik... kakak-kakak.. makcik-makcik... Allah sahaja yang mengetahui segala dugaan... cabaran.. kerja semua tunggang langgang. rumah lagi la tak payah cerita.

Mula-mula rasa macam nak give up semua ada. Siap fikir aku ni kena buatan orang ke ... siap nak g berubat semua.. haha tapi sebenarnya... semua ini adalah NORMAL !! harap maklum.. hehe 

Kepada sesiapa di luar sana yang mengalami nasib yang sama macam aku, satu je la yang korang leh pegang.

BERSABAR... orang lain memang tak faham & tak kan cuba nak faham pun... so sabar je la. lepas bersalin , memang hilang semua simptom aneh tu. confirm! aku dah alami, aku tau la.... tapi, memang betul orang selalu kata "Susah masa mengandung, nanti nak beranak senang la tuuuu...." ye betul. ungkapan ni memang aku setuju. Aku tercabar dengan dugaan masa mengandung, tapi Allah permudahkan semudah-mudahnya masa aku bersalin. Alhamdulillah..


Oklah, till then.

No comments:

Post a Comment