POST

Tuesday, September 9, 2014

Hidup Bertambah Ceria...

Assalamualaikum.. 



Kehidupan selepas ada anak ni memang banyak perubahannya. Dah semestinya bertambah tambah bahagianya.. So, kali ni nak bercerita sikit apakah yang dah berubahnya tu?

Aku bersalin di Hospital Kuala Lumpur pada 11.04.2014.. Alhamdulillah dapat bilik yang 'first class' di mana suami boleh bersama dengan kita. Boleh tidur jaga anak sekali malam tu haaa... hamek ko... Selama ni leh tido aman damai, tapi tidaklah kalau dah ada anak kecik a.k.a baby. Selang sejam dia akan bangun ! nak nyusu, salin pampers la, perut kembung la, sejuk la hape la.. hehe. pengalaman yang ni mmg mencuit hati sangat2.. bila aku ngan Z tak pandai & tak da pengalaman langsung bab baby ni.. Tapi sekarang kitorang dah pro hokay....!

Lepas habis berpantang kat rumah, dah cukup 2 bulan kena la masuk kerja balik. hamboi hamboi, lama kan ioulllss cuti... tapi.... ase seksa pulak. lagi-lagi bila nak tinggalkan anak buat pertama kalinya dekat pengasuh. daku...telah menitiskan air mata. hukhuk.. aku tak memain la, mmg menangis tau. ase cam sebak pula tak dapat nak jaga anak sendiri. Mula-mula je la perasaan macam tu. Lelama cam dah boleh terima kenyataan.

Mula-mula rutin hidup tu macam okay. Mak siap tanya lagi "kak, ok ke ko keje? tak penat ke? jaga anak lagi.. sian mak kat ko...".. dengan selamba aku jawab."ok je la mak, relax je.. senang la ada anak ni, best!" .. Bila dah berminggu-minggu, berbulan-bulan baru la mula rasa tak cukup tidur, kepala pening bagai.. tapi bab seronok ada anak tu memang tak berubah. Ada anak memang seronok bak hang!

Suami pun dah banyak berubah bab tolong menolong ni.. Tolong buat susu, basuh botol susu, tukar pampers.. kira ok la tu kan, ada suami lain mana nak hadap mende-mende camni. Mekaceh sayang.. harap esok dah ada anak berderet pun still tolong den lagi ye.. 

Ok lah, Till then.


No comments:

Post a Comment